Monday 31 October 2011

MARI KITA MELIHAT ALAM


Melihat alam memang mengasyikkan terutamanya alam semulajadi yang tidak terusik dengan pencerobohan manusia. Sesungguhnya kejadian manusia ini memang amat mengkagumi alam ciptaan yang dijadikan dengan kehendak fitrahnya. Mereka suka keindahan... mereka suka kecantikan... mereka suka kedamaian...

Suatu masa dahulu bumi ini boleh dilihat amat indah di mana-mana... pergi ke laut... menenangkan.. pergi ke gunung.. pun menenangkan.. pergi ke hutan.. jua begitu... tenang ada di mana-mana apabila manusia dekat dengan alam dan Pencipta alam...

Tapi kini ketenangan itu tidak bertahan... walaupun pergi ke tempat terindah namun hati hanya tenang sementara... apakah tandanya... mungkinkah kita tidak dekat dengan pencipta diri? Warna alam tidak ramai yang mengerti... itulah warna abadi bagi mengingatkan diri bahawa semua yang ada di alam ini hanyalah tanda Nya bahawa Dia itu Maha Berkuasa....


Firman Allah, Pencipta dan pemilik alam : "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Al-Quran : Al-Imran, 190-191)

ALAM

Ramai yang tahu bahawa 70 peratus bumi ini terdiri dari air manakala 30 peratus lagi adalah daratan. Kedua-dua ini saling bertaut padu lalu membentuk bumi bulat yang berpusing pada paksinya dan beredar pada orbitnya.  Semuanya amat teratur dan amat seimbang. Bila dilihat ke langit pula, terlihat banyak bintang bertaburan di malam hari dan sang suria bersinar terang pada siang hari.

Hati akan tertanya-tanya. Bagaimana alam ini terjadi? Mengapa alam ini sedemikian rupa? Apakah sebenarnya alam ini? Dan banyak persoalan tentang alam ini yang tidak dimengerti... akhirnya hati bertanya siapakan pencipta dan pemilik alam ini? Sungguh, persoalan ini memang amat biasa didengari, namun jawapan yang didengari amat tidak memuaskan hati... Maka mari kita selidiki apakah sebenarnya alam dan siapa pemilik alam. Semoga kita bertemu dengan jawapan yang dicari. Bayu samudera bertiup mencari haluan untuk berhenti...